Wednesday, September 7, 2016

come back

harluuu.... apa hal le harini aku rasa nak update blog.huhu. dah lama tak update blog sampaikan last post aku pun tak ingat bila. hmmm.. tak busy pun cuma malas je nak menaip. kalau dah malas tu memang tak boleh nak buat apa la. blog aku ni pun bukannya bermanfaat sangat.kan? banyak ja story kat draft cuma tak confident nak publish blog ni pun cerita tak banyak. yang ada pun semua hambar.huhu. tadi baru terfikir apasal la aku buat blog tapi tak update ni.huhu. k enuff.

by the way, sekarang aku dah tahun tiga di USM ni. cepat bebeno masa berlalu. rasa macam baru ja langkah kaki ke USM. lagi pun aku tak berapa update life aku kat USM. last update pun rasanya masa tahun satu. well, nothing interesting to share.

alhamdulillah, dari tahun satu sampai tahun dua result exam aku 3.00 ke atas. aku pun tak berharap banyak. asal lulus dan aku ingat ilmu yang aku belajar tu sudah. takmau masa exam ja baca buku hafal teruk-teruk. tapi bila habis exam lupa habis apa yang dah belajar. yang paling teruk pun setakat ni aku dapat C+ untuk paper statistik sains sosial. course work aku utk subjek tu rendah, C-. ni semua salah MIND SET sebab asyik set dalam kepala subjek tu susah. aku memang tak berapa suka subjek yang ada kira-kira ni. lepas aku pulun ulangkaji subjek tu masa study week baru aku sedar kacang gila subjek tu, apasal la aku tak belajar betul-betul dari awal.huhu. ni la dilema setiap student setiap kali exam.

semester ni aku dengan kawan-kawan yang lain banyak kena pindah desa a.k.a. desasiswa (hostel). sebelum ni tahun satu dengan tahun dua duduk di Aman Damai. tahun ni apa jadi entah aku kena campak ke Fajar Harapan. punya la seksa nak kena angkut barang dari stor Aman Damai ke Fajar Harapan. tapi setakat ni rasanya Fajar Harapan memang best la. tempat strategik, dekat dengan dewan kuliah, tasik, bilik pulak dapat aras bawah dekat dengan bus stop, toilet, pantry, bilik tv. so nikmat tuhan yang mana lagi nak didustakan. bersyukuuuurr. cuma satu je, toilet dia kurang best la.huhu. tapi masa tahun dua dulu penah ja tak dapat desa. ni semua sebab kurang aktif mungkin. waktu tu myCSD aku 70+ something. memang kena merempat keluar la. cari punya cari rumah sewa, dapatla sewa Apartment Desa Airmas. tu pun jenuh nak bayar sewa. sebulan almost RM200. tak kira makan minum, buku-buku and etc. RM200 tu bukan untuk sebuah rumah, tapi untuk bilik kecik yang kena kongsi 3 orang. kau rase? mampu ke dengan pinjam PTPTipu? lepas dua bulan buat rayuan baru la dapat desa.huhu. maka berpindah pulak ke Aman Damai.

hah. nak cerita apa lagi?
.............................................................
........................................
...............................
..................
harini ada satu ja kelas pukul 9-11 a.m. pastu merayap ke queensbay, pusing sana pusing sini melayang seratus lima puluh. mencuba macam-macam jenis kasut sampai lenguh kaki. balik bilik basuh baju sebaldi (hand wash) and selepas pekena dabelcisbeger i'm exhausted. gonna sleep soon. yeah, good night.

**next update tak dapat dikenalpasti**

ex housemates desa airmas




Thursday, April 23, 2015

i'm 49.9% FREE!!

assalamualaikum.. dalam post sebelum ni aku ada cakap yang assignment aku menggunung kan? tapi alhamdulilah everything settled.. alhamdulillah tuhan permudahkan urusan aku. rasa macam luruh beban satu-satu.

  • assignment titas
  • assignment M&T
  • assignment WUS
  • presentation teori 3p
  • presentation M&T
  • presentation WUS
  • Test TITAS
  • Test statistik
  • projek RKM
  • expo wus
  • test BI
    
student USM zaman batu yg masih guna pembentangan cara tradisional.
lepas ni tinggal satu ja lagi assignment nak kena buat tu pun kena divide untuk 6 orang & kena submit mei nanti so tak banyak la yg nak kena buat. walaupun haritu kena bahan teruk dengan lecturer dan kengkawan masa presentation M&T dan dapat markah paling teruk untuk presentation B-, tapi alhamdulillah lecturer baik, siap suruh betulkan balik assignmnet and you know what? dapat A kot.. group lain yang sama tutorial pun susah nak dapat A..

Then masa presentation teori 3p pulak, aku rilek je dengan preparation yg seriously ala kadar,
just bawak satu kertas kecik yang dilipat apabila dibuka jelas kelihatan 16 kotak. present ja apa yg aku tau and search sesikit dalam buku. tup..tup.. lecturer puji penerangan aku pasal marxisme bagus, well done katanya.. **bangga sat.** sapa tak bangga kalau satu kelas dengan lecturer tepuk tangan kat kau kan. bukan senang bila aku merapu-rapu kat depan then lecturer yang paling suka debat berdasarkan fakta dapat hadam segala kemerapuan yg kau gabung padu dgn fakta..haha..

ni masa expo wus. kami jual aksesori, stokin & tudung
Pasal test jangan cakap arr.. esok test harini baru study.. then masa jawab test akan ada la spesis yg akan hantar kertas dan keluar dewan exam awal. yg paling aku bengang, bila sorang bangun mula lah orang lain pun follow belakang dengan bunyi kerusi yang bingit, masa tu aku mula la rasa cuak yg amat nak habiskan segala sisa soalan yang still berbaki.. dan masa tu jugak la aku pikir macam mana diorang ni hebat sangat jawab 40 soalan tak sampai 30/40 minit. konfiden sangat tanpa check segala jawapan buat kali ke 14.. dan masa tu jugaklah aku sedapkan hati dengan berburuk sangka dekat diorang yg diorang ni mesti tak check jawapan elok-elok so ada chance salah banyak ni.haha. jahat kan. padahal jawapan aku pun banyak salah.

tapi apa yang aku boleh cakap, sem ni duit PTPTN aku mengalir bagaikan air sungai yang mengalir deras di pagi hari. awal sem saja aku dah guna beberapa ratus untuk beli baju raya. yess, baju raya. bulan 2 lagi dah beli. tapi kalau kira total aku guna duit PTPTN rasanya tak lebih RM2000 lagi termasuk WPP, sem 1 & 2. duit PTPTN tu pun guna untuk beli baju, buku and makanan ja.. aku takda la bazir bukan-bukan. sayang duit woh.

ekceli nak post pasal benda lain sebenarnya. tapi laptop ada problem xboleh bluetooth gambar pulak. gambar kat atas ni pun ambik dekat insta sebab tu blur. blog tanpa gambar ibarat nasi tanpa lauknya la kan. xda selera nak baca.

bubbye. nak lelap jap, coz japgi pukul 3 ada kelas so elokla manfaatkan masa yg berbaki ni dengan tidur sunat.hehe.

Monday, April 6, 2015

Aku Malas!!

apasal lagi lama aku ada kat sini aku jadi makin malas?
tapi tak bermaksud aku tak bersyukur belajar kat sini. 
cuma rasa macam ada sesuatu yang menghalang aku daripada nak buka buku, buat assignment bagai.
padahal menggunung assignment yang nak kena submit bulan ni. lusa dah nak kena present hasil assignment masyarakat & teknologi. padahal assignment pon tak siap lagi. asyik nak 'wat lek' je. buku sem ni pon xcomplete lagi. dapat baucer buku 1malaysia habis aku redeem dekat bigbadwolf, bukannya nak beli buku ilmiah. test pon bulan ni menunggu untuk dijawab je. tambah pulak sem ni kerap sangat balik rumah almost setiap minggu. makin bertambah susah nak mengejar mycsd. aku dah boleh nampak masa depan aku sem depan nampaknya kena merempat la sebab xdapat desa. mycsd sem lepas + sem ni pon xsampai 50 points lagi. i really need motivation right now.


mohon tuhan permudahkan urusan aku, kau dan dia. 


i know that i should not bebel on this blog. but this post is just for my self reflection.
k layan lagu thinking out loud jap.

Wednesday, March 11, 2015

semester dua

Assalamualaikum.. apa kabar kalian?
Aku tanya apa kabar..... 
aku tanya apa kabar......
aku tanya apa kabar semua..... 
huih xtau nak kata apa.. belog aku ni berhabuk ka bersarang.. mm.. malam ni tetiba ja rasa nak menjengah ke belog sendiri.. apa la dah jadi agaknya.. nak kata xupdate blog sebab busy xdakla busy mana.. cuma kemalasan menguasai diri.. lagi pun teqa nak karang satu entry jenuh nak fikir ayat puitis mengalahkan ayat asaimen.. sebab tu yg malas nak buka blog tu..

untuk pengetahuan anda.. sekarang ni aku dah nak dekat sebulan masuk sem baru.. sem 2 uollss.. 
itu pun baru masuk seminggu 2 esaimen dah dapat.. nasibla universiti apex.. 
btw, result sem lepas aku alhamdulillah ok.. lebih sikit pointernya daripada stpm dulu.. 
mmm.. sebenarnya aku nak bagi tau yg aku kekenyangan malam ni.. alhamdulillah..
tadi lepas habis kuliah technology and society pukul 7,  plan dgn kengkawan sedesa pergi makan kat luar USM.. 
teqa nk tggu bas dalam 30 minit.. nak tunggu makanan sampai 30 minit.. membazir masa je..

aku tak tau kenapa tadi nafsu makan aku membuak-buak. Mungkin sebab terlalu lapar sampai aku order nasi goreng cili padi + telur dadar + tomyam ayam semangkuk.. selamat la harga berbaloi + sedap plak tu boleh kenyang semalaman..
atau mungkin jugak aku frust dekat mamu yang jual nasik kat cafe desa sebab charge 4 ringgit untuk nasi + ayam goreng + sayur kobis masa makan tengahari tadi..?

bangunan USM tercinta
Last night aku dengan kengkawan tonton teater dekat dewan budaya USM sempena festival teater MAKUM.. semalam turn UMS buat persembahan, tajuk diorang dewan persidangan.. memang lawak habis & sempoi.. malam ni pulak turn UPSI tapi xpergi tengok pon sebab terlalu kenyang sampai tak larat jalan maka terus pulang ke desa.. esok pulak turn USM, malangnya malam esokla ada kuliah ganti dengan meeting bagai..hadoiiii bila la nak boleh kumpul mycsd ni.. sem ni baru kutip 1 aktiviti je kot. Tu pon semalam.. belum tentu diorang key in & masuk dalam campusonline aku..hmmm.. 

Rasanya setakat tu sahaja sesi luahan perasaan.. sebenarnya aku tak tau nak buat apa dah dalam bilik ni sebab tu la jengah belog ni daripada aku terus mereput dalam bilik ni...haha.. syukur la kepada kalian yang senang sangat tidur.. balik bilik nampak katil terus tak sedar diri.. yang aku ni nak tidur siang pun susah.. org lain rileks je dlm bilik tidur, kuliah tidur, meeting tidur jgn sampaikan time mandi pun nak tidur sudahla.. unless kalau kau yakin boleh tidur waktu tu..haha.. k merapu.. bye awaks...hahaha


bella dan rakan-rakan


Friday, September 26, 2014

hai awak!

assalamualaikum.. harini terasa nak update blog.. hampir sebulan  dah duduk di USM Penang ni.. so ni first entry since aku ada di sini..hehehe.. actually harini rasa homesick dan juga lapar.. :'(
bukan aku sengaja tahan perut tak makan, tapi aku mengidam nak makan kat seoul garden pulak malam-malam ni.. double :"(

tapi harini tak boleh nak cerita banyak, sebab assignment menunggu.. total assignment ada 4.. rasanya minggu depan pasti bertambah lagi.. sadis..
hadoi.. tak sabar nak balik rumah ni.. tak sabar nak raya haji..

buku untuk semester 1..

comel tak roomate baru ittew.. nama die kaktusberduriaduhsakitnya.. hahaha.. k bye...

Sunday, August 31, 2014

selamat hari merdeka (di sini lahirnya sebuah cinta)



assalamualaikum..

siang tadi aku dapat jemputan ke open house rumah kawan (sandy).. sandy ni bukannye org putih.. jangan salah paham k... tu hanyalah nickname.. macam aku la, nama nabilah tapi ada jugak yg panggil bella..oppss..
mula tu ingat cam malas je nak pergi.. tapi disebabkan rasa semangat setiakawan, ku gagahkan jua..

masa sampai pon dah 5.30 petang.. aku ingatkan just kecik2 je openhousenye, so aku pun hentam je pakai selebet-selebet, who cares can?.. tengok-tengok ramai pulak kawan dari sekolah lama, geng hostel dato onn pulak tu.. aduhh.. malunye.. aku pakai tshirt biasa je kot.. yang lain semua pakai baju kurung manis-manis ayu gitu..

sampai-sampai je terus salam menyalam dengan kawan-kawan, lantas duduk. then paksa si sandy tu tolong ambikkan makanan.. haha.. kejam sangat..aku makan aiskacang dengan bihun sup je pon..


(ijien, sandy, imah, syud, aku, farah)

seronok betul dapat jumpa kawan lama.. sembang memang tak hingat la.. gelak memanjang.. depa ni semua dah berjaya masuk U.. UPM, UIA, UiTM, UUM.. bangga dengan diorang.. aku?? eh, sabar-sabar lagi 1 hari je lagi k... sabar k..hihi..

lepas makan dan dah bergelak tawa apa lagi, selfie time!.. aku macam sedih gak la en, baju dah la buruk.. Hhmp!.. dah dekat maghrib baru sampai rumah.. lepastu pukul 8.30 malam pergi megamall pulak cari sport shoes..


masa tengah cari kasut tu aku ada berkenan dengan sport shoes B.U.M kaler pink.. tapi entah kenapa aku rasakan bagai dipukau waktu tu. aku pun pilih kasut kaler biru oren.. padahal aku langsung takminat kaler-kaler macam tu.. ni semua salah abang aku la, dia cakap kaler macam tu tengah in sekarang.. aku pon sebagai adik yang mithali lagi mendengar kata kerana tidak mahu derhaka kepada seorang abang terus ikut ja pendapat dia.. sekali test saiz 39, muat, bayar, terus chow.. lepastu boleh pulak abang aku cakap yang kasut tu kaler macam kampung sebelah.. tau ke kampung sebelah tu apa maknanya? kampung india ler... dia perli kasut yang aku beli tu taste-taste kaler india.. sadis, kurang adab sopan punya abang.. selamat la dia tolong support RM50, so aku buat tak kesah je dia nak perli apa. keluar je dari pacific tengok semua kedai pun dah tutup, ye la orang semua pakat nak pi tengok bunga api sambut merdeka..

then, terus pergi karnival usahawan kat kepala batas.. masa kat sana aku rembat skirt 2 helai.. akibat terlampau banyak berjalan, perut pun mula lapar dan kami ambik keputusan nak pekena nasi kandaq mamak.. so kesimpulannya, KAMI SAMBUT MERDEKA KAT MAMAK STALL JERR sambil ditemani bunyi gagak..


sekian, salam sayang seribu kali sayang..
*entry yang sangat patriotisme*

Friday, August 29, 2014

Bakal Mahasiswi.. : )


Assalamualaikum.. Apa khabar orang kampung sekalian?

Masa aku tengah menaip entry ni bermakna lagi 2 hari ja lagi aku akan bergelar mahasiswi.. hihihi.. eksaited dowh.. alhamdulillah.. syukur sangat aku dapat tawaran sambung pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda (ISM) Sains Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia (USM)..




Dalam kegembiraaan aku jugak turut berkongsi rasa dengan kawan2 yg nasib tidak menyebelahi diorang.. aku doakan agar kawan2 yang lain pun bakal jejakkan kaki ke menara gading.. rayuan still ada, jangan putus asa, chill k.. :)

Actually aku pon tak expect yg aku akan dapat USM, university APEX pulak tu.. ye la result tak teqa mana sangat.. aku just eksaited je lebih, tapi apa makna university APEX pon tak tau.. barang-barang kelengkapan pon masih tak lengkap lagi..

Untuk pengetahuan hampa, sains kemasyarakatan tu pilihan pertama aku masa isi permohonan USM.. permohonan USM dengan UPU tak sama k.. harap maklong.. aku harap sangat aku dapat sambung degree jauh-jauh.. means dapat keluar dari negeri yg penuh dengan mutiara ini.. dok berangan dapat UMS, UNIMAS, UM, ke UKM nun jauh di sana.. tapi apakan daya, doa mak lebih makbul.. mak doa bagi aku dapat yg dekat2 je.. so tak kesampaian hajat nak naik belon (kapal terbang).. sobss.. :(

So doakan lah yang terbaik untuk aku.. doakan bagi aku berjiwa kental, kuat mental dan fizikal.. ye la, hidup baru, tempat pun baru macam2 nak kena tempuh.. seram jugak baca blog2 student USM dan student IPTA lain semalam.. pasal hantu la, assignment yg belungguk, roomate, macam-macam lagi.. hope tak patah semangat..

Salam sayang..