Wednesday, November 27, 2013

Review Buku STPM

AMARAN ! : ini hanya sekadar REVIEW.

salam. mmm... lega betul bila habis exam ni kan. tak payah dah nak baca buku sekolah segala n everything. lepas ni boleh duduk rumah goyang kaki sambil tengok cite korea... huahua...

 last day, habis habis ja exam STPM aku terus excited  nak kemas semua buku-buku STPM sem 1, 2, 3.
banyak benda jugak la yg dibuang terutama kertas latihan yg dah tak pakai, cuma paper sejarah & paper lain yg aku rasa berguna ja aku simpan. yg lain semua recycle.
then, masa tengah kemas teringat pulak nak buat entry ni untuk panduan adik2 yang bakal ambik STPM buku apa yg nak diguna masa study nanti. sebab dulu masa mula2 masuk f6, aku ada la jugak search kat internet buku apa yg best untuk STPM, tapi takde langsung. so harap2 entry ni membantu. tapi suggestion aku ni as panduan ja.. kalau dah cikgu cakap nak pakai buku lain, so ikut cikgu hampa la ye. tapi aku tak jamin jugak kalau buku yg aku suka hampa tak suka n sebaliknya. kalau nak selamat baca la sinopsis belakang buku tu. hehe..


ni semua antara buku-buku yg aku guna dari sem 1 hingga 3, buku teks termasuk buku latihan.



1. PENGAJIAN AM

sem 1 : ILMU BAKTI 
sem 2 : LOCAL PUBLICATION 
sem 3 : ILMU BAKTI , LOCAL PUBLICATION, latihan dari buku LP


- buku ILMU BAKTI ok jugak. senang faham n banyak info, harga murah
- buku LP ringkas & senang faham (dengar kata banyak soalan yg keluar ada dalam buku ni)



2. SEJARAH

sem 1 : OXFORD FAJAR
sem 2 : OXFORD FAJAR, PELANGI, modul dari cikgu
sem 3 : OXFORD FAJAR, modul dari cikgu 


- kalau untuk sejarah buku OXFORD memang best! huraian senang faham, direct. cuma agak pricey sikit.
-buku PELANGI pulak sesuai untuk nak nampak matang dalam mengarang esei, huraian agak panjang, n ada certain part tu bila baca, rasa macam takdak point n isi kurang penting. tapi ok la.
- modul dari cikgu paling the best! senang faham. masa exam aku baca yg ni ja. alhamdulillah ada tajuk yg keluar 



3. EKONOMI

sem 1 : ILMU BAKTI, koleksi latihan STPM
sem 2 : OXFORD FAJAR, buku latihan OXFORD FAJAR
sem 3 : PELANGI, buku latihan OXFORD FAJAR 


-untuk ekonomi, tiga-tiga brand best.
-buku ILMU BAKTI senang faham, banyak contoh.
-buku latihan past year STPM ni copy dari cikgu.
-buku latihan OXFORD aku bagi 5 bintang. soalan dia memang standard STPM. masa nak dekat exam juz baca contoh jawapan dia saja. insyaallah boleh jawab.



4. GEOGRAFI

sem 1 : OXFORD FAJAR (tiada dlm gambar sebab hilang.. =(
sem 2 : OXFORD FAJAR, buku latihan OXFORD FAJAR (copy) 
sem 3 : OXFORD FAJAR (copy), NOTA GEOGRAFI, buku latihan OXFORD FAJAR 


-untuk geo, aku suggestkan beli buku OXFORD. sebab buku ni sangat membantu dalam exam. penerangan dia jelas.
- buku latihan OXFORD pulak latihan dia macam high sikit, contoh jawapan dia panjang. boleh la beli untuk latihan tambahan. RM 10 je pun.
-nota geografi tu pulak ringkas, sesuai baca masa exam.





ni soalan STPM sebenar. warna putih untuk sem 1 & 2. warna hijau sem 3, peach untuk ulangan sem 1.
apa motif MPM buat soalan exam warna-warni?




sekian untuk review kali ni. kalau ada nak share apa-apa, sila komen di bawah ye.. 
thanks. =)


* * *

4 comments:

  1. assalamungalaikum..thanks for the sharing... umm bole tanya..? klau nk buku ESAI sejarah sem 2 dan 3.. trbitan apa yg bgus?? klau ada tlong kongsi.. sbab time ambil exam sem 1..ckgu ada pnjamkan buku esai.. so skrg nk bli, klau kkak tau tlong kongsi... hrap dpt tlong
    ^-^

    ReplyDelete
  2. wsalam. masa sem 1-3 akak pakai bahan2 esei fotostat dari cikgu. selalunya untuk esei kitorang beli buku latihan yg ada jawapan lengkap. so baca bahan2 tu je.

    ReplyDelete
  3. mana nk dapat buku LP soalan kimia

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak, jual tak nota sejarah yg photostate tu? Kalau jual saya berminat.

    ReplyDelete