Friday, May 30, 2014

Pengalaman temuduga IPTA

Assalamualaikum...19/5/2014 haritu aku dapat tau yg aku layak ke temuduga bagi ISM Universiti Malaya untuk fakulti sastera dan sains sosial. tu pun selamat aku tergerak hati nak buka facebook haritu, then tengok kawan2 sibuk post pasal interview utk MEDSI dan universiti lain. aku pun try la bukak web UM, mana tau kot2 dapat. Alhamdulillah tak sangka pun boleh dapat temuduga tu. dengan result STPM yg tak seberapa ni...tsskk..tsskk..   


Sebenarnya masa isi UPU haritu, program Geografi yg aku mintak kat UM ni adalah pilihan ketiga. pilihan pertama dan kedua mintak UKM. aku mintak program ni sebab aku memang minat sangat dengan subjek geografi masa kat sekolah dulu sebab dalam geografi kita bukan saja belajar pasal fenomena alam, malah kita belajar mengenai sains, ekonomi, politik dan sebagainya. pendek kata skop subjek geografi sangat meluas dan sangat menarik. ada faham murid2 ?? haha


aku kena temuduga pada hari Sabtu, 24/5/2014 dekat Hotel Regency, Alor Star. memang ramai la calon yg hadir. mula tu terkejut jugak sebab penuh dengan chinese. aku kena temuduga untuk sesi petang (2.00 ptg - 5.30 ptg). tapi aku habis iv dalam pukul 3.45 petang. 



 masa interview (iv) aku bawak dua fail. fail 1Malaysia tu ada salinan fotostat untuk sijil2 yg berkenaan tapi aku simpan dalam beg ja, saja prepare kot2 diperlukan. tapi panel2 tu tak mintak pun. panel2 cuma nak tengok surat tawaran temuduga, sijil2 asal & sijil pengenalan diri : kad pengenalan, sijil lahir & biodata diri.  


rasanya semua orang tau kot kalau nak pergi iv kena bawak file clear folder macam ni dan cover file yang tak berwarna-warni. bukannya apa, untuk mudahkan panel yang akan iv kita untuk belek sijil2 yang kita bawak. jangan pandang remeh dengan perkara kecil macam ni sebab ni jugak salah satu cara panel boleh kenal peribadi kita sama ada kita bersedia atau tak untuk iv tu. tapi masa pergi iv haritu pun masih ada lagi spesis yang bawak fail poket. nampak serabut dan tak teratur. 


masa ni memang berdebar-debar gila sebab lepas ni turn aku. orang lain semua pakat tunduk bawah. aku ja sibuk ambil gambar.haha. sebelum tu kami dikumpulkan dalam satu hall dan dibahagikan mengikut fakulti masing2. lepastu baru la nama dipanggil naik ke bilik iv. lama jugak la menunggu untuk di iv. tapi masa di iv sat ja pun. rasanya tak lebih daripada 15 minit. panel yang iv aku haritu ada dua orang, seorang lelaki (india) dan seorang lagi perempuan (melayu).

masa iv panel tu suruh 
-perkenalkan diri
-cerita pasal aktiviti ko-k yang aku masuk
-kenapa minat geo
-pekerjaan ibubapa
-cara nak tangani isu krisis air di Selangor.
then panel tu saja nak test aku speaking. dia tengok aku ada sijil BI kelulusan cambridge university. pastu dia puji BI aku bagus. dia tanya
-MUET dapat band berapa?
-macam mana aku boleh dapat keputusan yg baik dalam BI
-do you read english book? 
-what kind of book do you read?  
pastu dia cakap aku boleh keluar. aku cakap terima kasih kat panel2 tu. i gave them a big smile. then keluar.

fuhh!! leganya rasa. alhamdulillah aku berjaya jawab semua soalan dengan yakin dan panel2 pun takda la strick sangat. rasa santai ja. fyi, this is my first experience for iv. so aku takda pengalaman lagi. aku banyak refer dari internet ja pasal etika dan pengalaman iv ni. seronok sebenarnya pergi iv ni, kita boleh tengok ragam orang yang kena iv sama dengan kita, dapat ilmu baru & dapat kawan baru.. 

so sekarang ni aku masih menantikan keputusan iv haritu.
itu saja yang dapat dikongsikan untuk harini... thanks for reading...





1 comment:

  1. SAYA PAK LUKAS DARI HONGKONG Syukur Alhamdulillah di tahun ini Saya mendapatkan Rezeki yg berlimpah sebab sudah hampir 10 Tahun Saya bekerja di (HONGKONG) tdk pernah menikmati hasil jeripaya saya karna Hutang keluarga Sangatlah banyak namun Akhirnya, saya bisa terlepas dari masalah Hutang Baik di bank maupun sama Majikan saya di Tahun yg penuh berkah ini,
    Dan sekarang saya bisa pulang ke Indonesia dgn membawakan Modal buat Keluarga supaya usaha kami bisa di lanjutkan lagi,dan tak lupa saya ucapkan Terimah kasih banyak kepada AKI DARMO karna Beliaulah yg tlah memberikan bantuan kepada kami melalui bantuan Nomor Togel jadi sayapun berhasil menang di pemasangan Nomor di HONGKONG dan menang banyak
    Jadi,Bagi Teman yg ada di group ini yg mempunyai masalah silahkan minta bantuan Sama AKI DARMO dgn cara TLFN di Nomor ;[082-310-142-255] percaya ataupun tdk itu tergantung sama anda Namun inilah kisa nyata saya-ATAU, KUNGJUNGGI, BLOG, AKI DARMO… >>> KLIK DISINI ANGKA TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,9D-<<<<

    ReplyDelete